PETUA UNTUK BERAS
Membersihkan Beras :
- Jangan dibasuh beras lebih dari tiga kali kerana ia akan mengurangkan kanji dan khasiatnya akan hilang.
Beras Tidak berkutu:
- Masukkan beberapa tangkai cili kering atau serai ke dalam bekas beras. Hasilnya beras tidak akan berkutu dan sebaliknya berbau wangi.
Menghilangkan Hapak Beras :
- Caranya ialah dengan membasuh dan masak beras itu seperti biasa di dalam periuk. Apabila airnya kering, masukkan sehelai daun pandan ke dalamnya.
Beras Tidak Bermutu:
- Kalau anda tersilap membeli beras dan mendapatinya kurang enak dan tidak bermutu, cubalah cara ini untuk mengatasinya : Goreng beras tanpa minyak dan rendam dalam air beberapa minit. Masaklah seperti biasa. Nasi akan menjadi lembut dan sedap di makan.
No comments:
Post a Comment