MEE UDANG SEDAP



<3 MEE UDANG SEDAP <3

BAHAN-BAHAN :-


  • 6 ekor udang besar (ikut suka)
  • 6 ekor udang kecil buang kulit
  • 2 sudu besar udang kering
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 4 ulas bawang putih
  • 6 ulas bawang merah
  • 2 biji tomato buah
  • 1 biji ubi kentang - rebus
  • Garam, gula, serbuk perasa (sy guna lada sulah)
  • sos tomato (sy guna 2 senduk)
  • sos cili (sy guna 1 senduk)

BAHAN HIASAN :-


  • telur - rebus
  • sawi - celur
  • cili merah - hiris
  • bawang goreng
  • daun bawang - hiris
  • Mee - celur

CARA-CARA :-


  1. Blend bawang putih dan bawang merah hingga halus dan tumis dalam minyak yang panas hingga wangi. Masukkan cili kisar dan goreng hingga garing.
  2. Sementara itu, ubi kentang direbus sekejap dan di kisar bersama udang kecil, udang kering yang ditumbuk terlebih dahulu, tomato puree hingga halus.
  3. Masukkan bahan blend ini ke dalam kuali bersama bahan tumis tadi.
  4. Masukkan air dan masak hingga mendidih dan sesuaikan kepekatannya. Masukkan sos tomato, sos cili, gula, garam dan serbuk perasa.
  5. Masukkan udang atau boleh juga diletakkan sekali sotong hiris jika mahu. Boleh diangkat dan hidang.
  6. Ada juga yang masukkan fish ball sebagai bahan rencah mee udang. ikut suka masing masing.
  7. Masukkan mee yang dicelur ke dalam pinggan dan sendukkan kuah ke dalamnya. Kemudian letakkan bahan bahan hiasan yang disukai.

No comments:

Post a Comment