<3 RESEPI DAGING BLACK PEPPER <3
** Untuk 4 - 5 org makan **
BAHAN-BAHAN :
- 500gm daging batang pinang
- 1 sb serbuk lada hitam - ditumbuk kasar, lebihkan utk lebih pedas
- 1 biji lada benggala hijau
- 1 biji lada merah
- 3 sb kicap manis
- 2 sb sos tiram
- 1 cawan air
- 1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
- 1/2 sudu garam halus dan 1 sb gula
- minyak utk menggoreng
CARA-CARA :
- Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.
- Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada.
- Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
- Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Garam letak sedikit kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram
- Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment