<3 RESEPI KEREPEK BAWANG <3
BAHAN UNTUK DOH BAWANG :-
- 1 biji bawang besar ( diblend tanpa air )
- 1 sudu besar serbuk udang kering
- Tepung gandum secukupnya
BAHAN UNTUK DOH MARGERINE :-
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 70gm margerine/mentega
- Garam secukup rasa
- Air secukupnya
CARA-CARANYA :-
- Untuk doh bawang: Tepung diuli bersama bawang blended + serbuk udang kering .
- Tambahkan tepung hingga adunan sehingga menjadi doh yang bulat. Bahagikan pada 3 bahagian.
- Untuk doh margerine : Uli semua bahan hingga menjadi doh yang bulat juga sama seperti tadi. Bahagikan pada 3 bahagian.
- Kemudian canaikan doh bawang dan doh margerine secara berasingan.
- Letakkan doh bawang di atas doh margerine dan gulung.
- Bungkus dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk ( 2-3 jam)
- Keluarkan dan hiris nipis2.
- Kemudian bolehlah digoreng dalam minyak yang penuh.
No comments:
Post a Comment