PETUA UNTUK BERAS



PETUA UNTUK BERAS


Membersihkan Beras :


  • Jangan dibasuh beras lebih dari tiga kali kerana ia akan mengurangkan kanji dan khasiatnya akan hilang.

Beras Tidak berkutu:


  • Masukkan beberapa tangkai cili kering atau serai ke dalam bekas beras. Hasilnya beras tidak akan berkutu dan sebaliknya berbau wangi.

Menghilangkan Hapak Beras :


  • Caranya ialah dengan membasuh dan masak beras itu seperti biasa di dalam periuk. Apabila airnya kering, masukkan sehelai daun pandan ke dalamnya.

Beras Tidak Bermutu:


  • Kalau anda tersilap membeli beras dan mendapatinya kurang enak dan tidak bermutu, cubalah cara ini untuk mengatasinya : Goreng beras tanpa minyak dan rendam dalam air beberapa minit. Masaklah seperti biasa. Nasi akan menjadi lembut dan sedap di makan.

No comments:

Post a Comment